Surprise Me!

Chef Wan dikurnia Datuk kali ke-2 dari Sultan Pahang

2019-01-28 4 Dailymotion

Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan hari ini dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Memetik di laman Instagramnya, beliau berbangga dengan hasil usahanya mendapat pengiktirafan dari Pahang dengan kategori kelas pertama.

Walau bagaimanapun, jelas Chef Wan, sungguhpun beliau dianugerah gelaran Datuk dari pihak Istana, beliau tetap merendah diri kerana pingat, darjat dan harta dunia sentiasa datang dan pergi.

Pada 1 Februari 2010, Chef Wan dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah oleh Pemangku Yang Dipertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Pada 4 Ogos 2016, Chef Wan dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang oleh Sultan Pahang.

Buy Now on CodeCanyon