Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan menambah hutang negara sekiranya diteruskan.

"Kita bukan tidak mahu anugerahkan kontrak tetapi tak mampu bayar sebab kos projek mungkin melebihi RM100 bilion. Ini akan merosakkan kita.

"Kita memahami semua parti terlibat, kita bukan mahu membatalkan kontrak tetapi kita berdepan kekangan kewangan," katanya.

Tambah pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kontraktor projek ECRL akan lebih besar berbanding hutang negara dalam sekiranya projek itu diteruskan.

Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Status projek ECRL sebelum ini dipersoal susulan terdapat percanggahan kenyataan antara Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Sabtu lalu, Mohamed Azmin berkata kabinet telah memutuskan untuk penamatan kontrak projek berkenaan yang diputuskan melalui mesyuarat dua hari sebelumnya.