Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membangkitkan semula dakwaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bahawa jika beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, nilai ringgit akan meningkat.

Dalam satu tulisan terbaru di Facebooknya, Najib berkata beliau sudah turun dari tampuk kuasa manakala Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah naik tetapi ringgit tetap turun bahkan lebih dasyat lagi.

Justeru Najib ingin tahu apa alasan atau jawapan yang akan diberikan oleh Guan Eng.

Selepas PH menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan, Guan Eng mengambil alih kedudukan Najib sebagai menteri kewangan dan sering mengkritiknya.

Najib berkata ketika harga minyak global jatuh sebanyak 80 peratus tiga tahun lalu, PH yang ketika itu menjadi pembangkang memainkan propaganda peniaga di Thailand enggan menerima ringgit.

Bagaimanapun katanya, nilai ringgit semakin pulih berbanding matawang Thailand, Baht, menjelang PRU ke-14 tetapi merosot selepas itu.

Dalam tulisan itu Najib turut berkongsi satu lampiran perbandingan dua mata wang dan menjelaskan ringgit semalam pertama kali mencatat nilai serendah RM13.15 untuk 100 Baht.