Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempertahankan tindakan anggota kerajaan yang membuat lantikan politik bagi jawatan tertentu.

Kata timbalan perdana menteri itu seseorang itu dilantik bukan dibuat atas kapasiti parti atau jawatan dalam politik, sebaliknya berdasarkan kelayakan masing-masing.

Malah katanya jumlah lantikan sebegitu juga kini dikurangkan berbanding sebelum ini.

"Lantikan politik itu memang kita dah kurangkan.

"Tapi bagi sesetengah lantikan itu pun dibuat atas dasar kelayakan [...] dan mereka tidak memegang jawatan tinggi (atau penting) dalam parti," katanya kepada media di Pandan, Selangor hari ini.

Terdahulu Wan Azizah yang juga anggota parlimen Pandan hadir di majlis penyerahan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.