Surprise Me!

AMANAH K'tan sepakat minta Majlis Presiden kaji lantikan Azmin

2019-02-01 5,287 Dailymotion

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan sepakat untuk meminta ahli-ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersuara berhubung isu lantikan pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Memetik Malaysiakini, Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas biro politik Amanah Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, malam tadi.

Menurutnya, Amanah Kelantan berharap keputusan melantik Azmin sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri dikaji semula.

Awal hari ini, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan Amanah Kelantan mengadakan perbincangan khas berhubung perkara itu.

Namun sumber itu berkata, perbincangan tersebut tidak mencapai kata sepakat sama ada untuk membantah atau menerima lantikan tersebut.

Hazmi mengulas mengenai laporan itu berkata, laporan tersebut kurang tepat dan Amanah Kelantan membuat keputusan agar lantikan Azmin dikaji semula.

Tambahnya, kebijaksanaan pimpinan diharapkan dapat membuat keputusan sewajarnya demi kestabilan PH dikekalkan.

Buy Now on CodeCanyon