Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membayar RM90 juta kepada PAS atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau menjelaskan memandangkan Pakatan Harapan sedang berkuasa, katanya cukup mudah untuk memeriksa akaun bank jika wang mengalir masuk ke dalam akaun pemimpin PAS.

Jika ianya benar, kata Najib, sudah tentu kerajaan akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank Presiden PAS ataupun akaun parti PAS.

Justeru katanya, adalah amat tidak adil untuk PAS diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini.

Kenyataan Najib itu sehari selepas PAS menarik balik saman fitnahnya terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang telah membuat tuduhan tersebut.

Rewcastle-Brown mengalu-alukan penyelesaian di luar mahkamah sebagai kerana beliau tidak perlu menarik keluar artikel yang disaman PAS itu.

Rewcastle-Brown, pertama kali mendedahkan skandal 1MDB, mendakwa dalam artikel 6 Ogos 2016 bahawa Najib menarik sokongan PAS menjelang pilihan raya umum dan sejumlah RM90 juta telah mengalir ke dalam akaun para pemimpin tertingginya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian menyaman Rewcastle-Brown di mahkamah London pada 21 April 2017 berhubung dakwaan tersebut.