Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai "uncle kentang" menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) itu berkata, keputusan terbabit diambil bukan untuk popular atau meraih kemenangan, sebaliknya mahu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin politik yang hari ini lebih banyak "mengubah nasib diri sendiri" dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Ketika dihubunhgi Malaysiakini, Uncle Kentang berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada dirinya, gaji yang diperolehi sebagai wakil rakyat tidak akan diambil walau satu sen pun

Kuan berkata, dia kecewa dengan sikap segelintir pemimpin parti politik yang meninggalkan kawasan selepas menabur pelbagai janji.

Katanya, apa yang dilakukan beliau nanti adalah mengikut cara Islam dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat selagi hayat dikandung badan.

PRK Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor baru-baru ini.

Allahyarham merampas kerusi itu daripada BN dalam pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.