Bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Razak mengaku bahawa pertembungan tiga penjuru antara Umno dan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu adalah strategi yang salah.

Najib memberitahu hadirin bahawa strategi itu bertujuan memecah undi antara PAS dan Pakatan Harapan supaya Umno mendapat majoriti.

Kata Najib, keputusan untuk Umno bertanding menentang PAS itu berdasarkan kepada keputusan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum PRU14 iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Najib berkata demikian ketika berucap di program “Umno dan PAS Demi Mempertahankan Islam dan Kuasa Melayu” itu Wisma Umno di Langkawi.

Menurut Najib yang juga bekas perdana menteri, berdasarkan keputusan PRU 14 lalu, PAS dan Umno mampu meraih lebih 30 kerusi pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka terus bekerjasama.