PAS sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihaknya sedia menyerahkan semua dokumen kewangannya, termasuk penyata akaun-akaun bank PAS Pusat.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS juga turut mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnya mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu agar tampil membantu siasatan.

Tambah Takiyuddin, beliau percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional secara telus dan tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyeru pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tersebut tampil membantu siasatan.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung RM90 juta disyaki dari 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Pada 2 Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan kes samannya terhadap Clare yang membuat dakwaan itu di luar mahkamah.

Penyelesaian itu antara lain menyebabkan artikel Sarawak Report yang mengandungi dakwaan itu tidak perlu dipadamkan.