Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya menjelaskan bahawa ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan University of Cambridge di United Kingdom.

Memetik Malaysiakini, pengajiannya itu adalah untuk memperluaskan pengetahuan dan perniagaan yang diceburi sebelum menyertai politik.

Marzuki sekali lagi menegaskan beliau akan memberikan semua bukti kelayakan akademiknya kepada polis sebaik sahaja dipanggil untuk disoal siasat.

Menurutnya, semua tuduhan terhadapnya adalah berniat jahat dan bertujuan merosakkan reputasi beliau.