Surprise Me!

'Tabiat buruk' Umno diteruskan Bersatu - Annuar

2019-02-11 2,164 Dailymotion

Selepas kalah dalam PRU14, Umno menjalani proses reformasi yang serius, jelas Setiausaha Agungnya Annuar Musa.

Bagaimanapun, beliau berkata 'tabiat buruk' Umno itu tidak hilang, sebaliknya mendakwa diteruskan parti pesaingnya, Bersatu.

Menurut laporan Malay Mail, Annuar dipetik berkata ini kerana sebahagian besar pemimpin Bersatu sekarang terdiri daripada ahli Umno yang meninggalkan parti itu ketika ia sedang melaksanakan pembaharuan.

Lapor Malay Mail lagi, Annuar mengakui 'tabiat buruk' itu merebak di dalam Umno sebelum ini, beliau berkata parti itu perlu benar-benar membersihkan dirinya daripada kesalahan tersebut dan tidak hanya sekadar bercakap mengenai reformasi.

Jelasnya, Umno perlu sedar tabiat itu telah menyebabkan parti itu kehilangan segala-galanya selepas berkuasa selama enam dekad dan sekarang ia "seperti parti-parti kecil lainnya."

Menjelaskan lanjut, Annuar berkata Umno dan BN mesti berani untuk benar-benar berubah walaupun menyedari reformasi mengambil masa bagi memilih pemimpin yang mempunyai sistem nilai yang baru.

Buy Now on CodeCanyon