Menteri Kewangan Lim Guan Eng enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan penasihat media Jabatan Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin mengenai Perdana Menteri tak terlalu gembira prestasi kabinet.

Kadir dalam tulisan terbarunya di blog mengatakan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi mempunyai matlamat tersurat dan tersirat.

Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal-hal penting dan segera mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.

Yang tersirat adalah perdana menteri secara langsung mengakui bahawa jentera yang sedia ada, khususnya kabinet, tidak memadai bagi menangani isu-isu yang disebutkan itu.