Surprise Me!

Syarikat judi taja lawatan IGP calarkan imej polis

2019-02-14 3,298 Dailymotion

Penajaan syarikat judi terhadap lawatan sambil belajar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan rombongannya ke Turki mencalarkan imej pihak berkuasa itu, kata Wanita Umno.

Ketua pergerakan itu Noraini Ahmad berkata ia juga turut menyinggung perasaan umat Islam negara ini.

"Kerana jelas, aktiviti lawatan pegawai kanan PDRM itu ditaja Da Ma Cai yang merupakan syarikat judi dan loteri di Malaysia dan ia bertentangan dengan syarak.

"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya memastikan sebarang penajaan perlu dirujuk kepada menteri dan kementerian yang berkaitan, lebih-lebih lagi ia melibatkan PDRM yang merupakan institusi keselamatan barisan hadapan negara yang menegakkan undang-undang," kata Noraini dalam satu kenyataan.

Lim semalam mengesahkan lawatan Mohamad Fuzi Harun oleh syarikat Da Ma Cai.

Beliau berkata walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator, agensi Kementerian Kewangan, tetapi perbelanjaannya bukan ditanggung kerajaan.

Buy Now on CodeCanyon