Surprise Me!

Zahid: Saya tak pernah cuti sebagai ahli Umno

2019-02-20 371 Dailymotion

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang beliau tidak pernah percuti sebagai ahli parti itu meskipun kini menyerahkan tugas kepada timbalannya, Mohamad Hasan.

Ahmad Zahid yang kini sedang bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Presiden Umno berkata beliau akan menentukan bila cutinya itu akan berakhir.

"Saya tidak pernah bercuti sebagai ahli Umno.

"(Bila habis bercuti)...Nantilah saya tentukan," katanya ketika ditemui di program kempen BN di Pekan Semenyih, malam ini.

Pada 18 Disember lalu Ahmad Zahid akhirnya mengalah kepada desakan yang mengaitkan beliau dengan tindakan wakil rakyat Umno meninggalkan parti.

Beliau kemudian menyerahkan tugas presiden Umno kepada Mohamad.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kehadiran beliau di Semenyih tidak mewakili jentera Umno, sebaliknya hanya memenuhi undangan program yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Zakaria Hanafi.

Buy Now on CodeCanyon