Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur.

Setakat ini, ia dikesan dipamer di dua tempat, iaitu Bangsar dan Taman Permata, Kuala Lumpur.

Di Bangsar ia digantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah Hukum.

Di Taman Permata pula, difahamkan ia digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.

Kain rentang itu bertulis “Mahathir letak jawatan! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia”.

Turut dimuatkan gambar Anwar dan logo PKR.

Namun, setakat ini belum terdapat maklumat pihak mana yang bertanggungjawab menggantungnya.