KOTA BHARU 20 Feb. - Gara-gara menunjukkan kemaluan beberapa kali kepada jurujual wanita berpurdah, seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.<br /><br />Majistret Izuddin Mohd. Shukri menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.