PUTRAJAYA 21 Feb. - Orang ramai diingatkan jangan mudah terperdaya dengan jualan kasut murah dalam media sosial kerana produk ditawarkan tersebut adalah tiruan.<br /><br />Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman mendedahkan harga kasut tiruan adalah 20 peratus lebih murah daripada produk asli.
