PAS mendakwa jentera DAP dan PKR dilihat tidak bertugas bersungguh-sungguh membantu calon Bersatu kali ini.

Juster kata Abdul Hadi Awang PH diminta tidak menyalahkan PAS jika calon mereka, Muhammad Aiman Zainali, kalah kepada calon BN - yang turut mendapat sokongan PAS - Zakaria Hanafi.

Abdul Hadi ditemui media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Marang hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu sebelum ini mengakui keadaan PRK Semenyih adalah berbeza berbanding Cameron Highlands bulan lalu.

Ditanya sama ada Abdul Hadi akan turun ke Semenyih untuk berkempen, beliau berkata, ia belum diputuskan lagi dan bergantung kepada keadaan.

Katanya beliau juga sibuk dengan beberapa urusan di luar dan dalam negara.