Bekas Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin menegaskan kerjasama diantara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih berterusan kesinambungan daripada PRK Cameron Highlands.<br /><br />Sementara itu mengulas mengenai jentera Umno dan PAS dalam kempen pilihan raya kali ini, Khairy berkata ia tidak menjadi isu kerana di peringkat akar umbi ia berjalan lancar.<br /><br />Malah katanya, pada peringkat kepimpinan pula sedang diatur program ceramah membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti.
