Hutang negara masih pada peringkat RM1 trilion ringgit pada akhir tahun 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.<br /><br />Katanya, kerajaan telah berjaya mengurangkan hutang negara daripada angka sebelumnya sebanyak RM1.087 trilion.<br /><br />Lim berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai kontrak untuk projek LRT3 di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menara UOA, di Kuala Lumpur, hari ini.