Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya menggesa rakyat di Semenyih tidak membazirkan undi mereka dengan mengundi calon PH Muhammad Aiman Zainali pada pilihan raya kecil 2 Mac depan.<br /><br />Ini kerana, katanya, undi rakyat Semenyih mampu menguatkan lagi kedudukan Pakatan Harapan yang memerintah kerajaan Pusat dan negeri.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam program Jalinan Silaturahim bersama NGO dan Penyerahan Borang Keahlian Bersatu di Semenyih hari ini.
