Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan isterinya, Ng Chi Ling menghadiri pertemuan dengan rakan sejawatnya di China atas dasar undangan.

"Menteri (pengangkutan) China (Li Xiaopeng) mengundangnya hadir (dalam mesyuarat itu) di sana," kata Loke pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Terdahulu MCA hari ini membangkitkan kehadiran Ng pada pertemuan antara Loke dan Li ketika mesyuarat rasmi negara di Beijing.

"Apakah kedudukan rasmi yang dipegang oleh isteri menteri itu (yang melayakkannya) menghadiri mesyuarat rasmi dengan kerajaan?" soal ketua biro komunikasi dan diplomasi antarabangsa MCA, Tee Ching Seng.