Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sudah mula ditunaikan secara berperingkat, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau faham bahawa rakyat tidak sabar menunggu dan mahukan segala janji diselesaikan segera, namun beliau meminta rakyat bersabar.

Beliau berkata adalah tidak wajar untuk rakyat menghakimi kerajaan yang baharu sembilan bulan mengambil alih pemerintahan negara hanya kerana kegagalan melaksanakan semua manifestonya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kebudayaan Harapan Semenyih di Bandar Rinching di sini, malam ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berada di sini, berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.

Pengundian DUN Semenyih akan diadakan Sabtu ini. Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.