MARANG 1 Mac - Umat Islam wajib bangkit menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya pentadbiran sedia ada gagal bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. <br /><br />Penegasan itu dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap dalam Himpunan Aman Bantah Penghinaan kepada Rasulullah di pekarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.
