Pemangku pengerusi BN Mohamad Hasan hari ini mengumumkan Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai setiausaha agung gabungan itu sehingga beliau letak jawatan atau diberhentikan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mohamad berkata lantikan Nazri Abdul Aziz ke jawatan itu sebelum ini tidak pernah disahkan.

Tengku Adnan juga, katanya, tidak pernah meletakkan jawatan atau digugurkan.

Lantikan sebelum ini dikritik oleh MCA dan MIC, terumanya selepas ucapan pemimpin itu dalam pilihan raya kecil lalu didakwa “rasis”.

Lantikan Nazri itu dibuat tahun lalu oleh pengerusi BN Zahid Hamidi yang sedang bercuti.