Surprise Me!

Rameli orangnya alim, 'gentleman' - Clare

2019-03-08 2,492 Dailymotion

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memuji Pengerusi KTMB Rameli Musa, yang didakwa telah membayarnya RM1.4 juta bagi pihak presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Rewcastle-Brown berkata demikian kepada Malaysiakini malam tadi.Editor Sarawak Report itu tidak menamakan Rameli apabila mula-mula mendedahkan seorang perantara yang bertindak bagi pihak Hadi membayarnya RM1.4 juta untuk membolehkan presiden PAS itu menyelesaikan kes saman fitnahnya terhadapnya.

Bagaimanapun, identiti beliau kemudian didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang cuba menyangkal dakwaan PAS bahawa akaun yang digunakan untuk membayar wang penyelesaian saman fitnah adalah palsu.

Rameli telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan mengenai perkara itu pada hari Selasa lalu dan telah menyerahkan dokumen kepada pihak bekuasa.

Transaksi itu berlaku pada bulan awal tahun ini.

Rameli hanya dinaikkan pangkat menjadi pengerusi KTMB pada bulan Februari.

Hadi menafikan sama ada dirinya atau PAS telah melunaskan bayaran kepada Rewcastle-Brown.

Presiden PAS berkata menjelang PRU14, "terdapat pihak" yang telah menghubungi beliau untuk menyelesaikan samannya terhadap editor Sarawak Report.

Bagaimanapun, kata Hadi beliau menolak tawaran tersebut pada masa itu kerana mengambil kira faktor pilihan raya umum.

Rewcastle-Brown berkata beliau pertama kali bertemu dengan Rameli di Kuala Lumpur ketika editor Sarawak Report itu sedang mengumpulkan maklumat latar belakang PAS.

Menurut Clare, pada tahun lalu beliau tiba-tiba dihubungi Rameli yang memberitahu mahu bertemunya di London, yang berlangsung hujung Disember 2018.

Walau bagaimanapun, Clare berkata beliau menolak tawaran awal Hadi untuk membayar GB£ 100,000 untuk menyelesaikan saman itu.

Berikutan itu, Rameli terpaksa berulang-alik menghubungi antara beliau dan Hadi dan PAS, sehingga jumlah RM1.4 juta dicapai.

Buy Now on CodeCanyon