Surprise Me!

Mahfuz: LGBT berdemo sebab PH tegas

2019-03-11 2,590 Dailymotion

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pendirian tegas kerajaan PH mendorong aktivis LGBT di negara ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan kemahuan mereka.

Dalam satu kenyatana, kata timbalan menteri sumber manusia itu, pada era Malaysia ditadbir BN keadaan berkenaan tidak berlaku kerana kerajaan terbabit tidak membuat penegasan mengenainya.

Sekumpulan aktivis LGBT menyertai himpunan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu.

Kata Mahfuz, Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyat di negara ini, namun ia terhad mengikut kerangka budaya, resam serta agama.

Menurut Mahfuz, LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan sama ada di timur mahupun di barat.

Malah katanya, tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT.

Buy Now on CodeCanyon