Surprise Me!

Agong rakam penghargaan pada Sultan Muhammad V

2019-03-11 3 Dailymotion

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah merakamkan penghargaan kepada Sultan Muhammad V sepanjang pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Seri Paduka bertitah akan meneruskan kesinambungan pemerintahan yang adil dan saksama berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan serta mengajak rakyat memelihara kemakmuran negara.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Baginda secara rasmi memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lepas, selepas istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari selepas dilantik pada 13 Disember 2016.

Buy Now on CodeCanyon