Surprise Me!

Dr M jawab Ahmad Maslan

2019-03-12 62,066 Dailymotion

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Harapan sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya mereka tetapi perbuatan kerajaan lama serta undang-undang tidak memudahkan usaha itu.

Menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha-usaha untuk menangani dua kontroversi utama yang melanda pentadbiran semasa - pertama janji-janji manifesto yang tidak ditunaikan dan kedua, beberapa ahli kabinet memalsukan kelayakan akademik mereka.

“Kita sedang berusaha untuk tunai janji-janji dalam manifesto kita, tetapi perbuatan kerajaan lama serta undang-undang tidak memudahkan usaha ini.

“Sepatutnya hari ini kita sudah lihat mereka yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan dgn kewangan negara khususnya SRC, 1MDB, telah dikemukakan kepada mahkamah, tetapi sebagai kerajaan patuh kepada kedaulatan undang-undang, kita patuh kepada tangguhan yang dibuat oleh mahkamah.

“Kita (kerajaan) hormat mahkamah walaupun rakyat tertanya-tanya mengapa mereka jelas terlibat dalam rasuah tidak dihadap dan dibicarakan dalam mahkamah. Ini soalan rakyat dan kita walaupun kita berusaha, tapi kita kena patuh peraturan-peraturan dan kedaulatan undang-undang yang kita terima dan laksanakan,” kata Mahathir (PH-Langkawi).

Perdana menteri bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan mengenai pemalsuan kelayakan akademik.

Buy Now on CodeCanyon