KUALA LANGAT 12 Mac - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Banting hari ini cuba membunuh diri dengan cuba terjun dari tingkat dua sekolahnya, sebentar tadi.<br /><br />Bagaimanapun, tindakan pantas guru disiplin sekolah berkenaan memujuk dan memeluk pelajar terbabit di atas bumbung, berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini.