Bekas pengarah urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata ramai yang terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peranan Khazanah yang dikatakan bertujuan membantu bumiputra.

Sheriff memberi respon selepas Ketua Pegawai Eksekutif Edge Media Group Datuk Ho Kay Tat turut menyatakan Khazanah tidak pernah ditubuhkan untuk tujuan membantu usahawan Bumiputera.

Mohd Sheriff berkata demikian pada forum yang dianjurkan Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) di Petaling Jaya hari ini.

Tahun lepas Mahathir seperti dilaporkan oleh agensi media mengatakan Khazanah merupakan salah satu agensi tempatan yang menyimpang dari tujuan asalnya.

Beliau berkata pada mulanya ia bertujuan untuk membantu Bumiputera.

Peruntukan ini adalah di bawah dasar tindakan afirmatif untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam pasaran saham