Surprise Me!

Ikut pelan saya untuk selamatkan MAS - Najib

2019-03-13 3 Dailymotion

Bagi menyelamatkan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd (MAS), bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan agar kerajaan mengguna semula pelan baik pulih yang pernah digunakan ketika zamannya.

“Kita ada pelan baik pulih, guna balik pelan itu. Semasa saya memerintah, kita yakin kita akan dapat membuat baik pulih,” katanya.

Jelasnya, cadangan beberapa pihak agar MAS ditutup atau dijual adalah merupakan langkah yang silap.

“MAS itu kebanggaan kita. Ia mesti terus menjadi syarikat penerbangan nasional.

“Ada pelan baik pulih semasa saya menjadi pengerusi Khazanah, dan pelan kita berfungsi, (cuma) ia perlukan sedikit sahaja masa lagi.

“Tak ada sebab MAS dijual atau ditutup. Itu langkah salah, dan rakyat tak akan menyokongnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat sesi Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pandangan penganalisis penerbangan yang mencadangkan MAS ditutup susulan kerugian yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

Buy Now on CodeCanyon