Surprise Me!

Tangan Shafee cedera, kes Najib tertangguh

2019-03-13 1 Dailymotion

Muhammad Shafee Abdullah, peguam Najib Razak, hari ini berkongsi kisah bagaimana tangannya tercedera.

Katanya, ia disebabkan oleh seekor anjing pengawal besar tetapi manja.

“Ia seekor anjing penjaga yang muda dan sedang dilatih. Umurnya baru 10 bulan tapi dia lebih besar dari anjing dewasa. Saya ada beberapa ekor anjing di rumah dan laman pejabat saya.

“Di pejabat saya saya ada dua ekor Belgian Malinois. Jika kamu datang tak dijemput dia akan serang. Anjing pengawal yang sangat garang.

“Di rumah saya, ada anjing pengawal tua dan seekor anjing pengawal muda yang masih dilatih. Yang ini (muda) agak manja dan mahu main dengan saya, dan tertolak ke belakang.

“Ia bukan disebabkan olehnya, (cuma) saya terlalai dan tercedera,” kata Shafee sambil berkata anjing itu adalah kacukan dengan baka tempatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Mengulas kecederaan itu, Shafee berkata tangannya mula rasa sakit selepas hadir untuk urusan mahkamah di Shah Alam.

Bengkaknya ketika itu tidak berapa kelihatan.

Ia, katanya, menyebabkan beliau tidak dapat tidur atau mengkaji nota-nota kes kerana keadaannya memburuk.

“Pada mulanya doktor ingat patah. Tetapi x-ray ada kecederaan pada tisu lembut dan kapilari darah.

“Akibatnya ia membengkak,” katanya.

Selepas ke Shah Alam, Shafee berkata beliau kemudian bergerak ke Mahkamah Rayuan dan mendapati bengkak itu sudah menjadi sebenar bola tenis.

Beliau kemudian merancang mendapatkan rawatan ke hospital di Putrajaya selepas itu.

“Semalam agak besar, hari ini makin baik.

“Rakan sekerja saya terkejut dengan bengkak itu dan cadangkan saya terus pergi periksa (di hospital),”

“Saya buat permohonan (mahkamah ditangguhkan), saya pergi periksa. Tetapi saya mahu teruskan di Mahkamah Rayuan hari ini. (Rayuan Najib) Ini sangat penting.

“Ada banyak laporan kata saya mahu tarikh pada Jumaat ini. Tidak,” tegasnya.

Shafee menafikan beliau sebenarnya yang meminta rayuan Najib di Mahkamah Rayuan ditunda kepada Jumaat.

Sebaliknya, kata Shefee, mahkamah yang menetapkan tarikh itu.

Shefee memohon ia ditunda ke hari ini.

Buy Now on CodeCanyon