Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri supaya melaksanakan penguatkuasaan yang lebih serius terhadap mereka yang melepaskan sisa-sisa buangan ke sungai.<br /><br />Sultan Selangor bertitah, baginda telah dimaklumkan bahawa empat atau lima batang sungai di Selangor telah tercemar dengan bahan-bahan buangan dari sisa pepejal dan sisa toksik.<br /><br />Baginda bertitiah pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
