Dewan Rakyat hari ini akan membahaskan usul tergempar yang dibawa Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bagi mengecam tragedi tembakan di masjid di New Zealand yang menyaksikan 50 terkorban, Jumaat lalu.<br /><br />Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof berkata usul itu akan dibahaskan selama sejam bermul pukul 4.30 petang selepas memutuskan ia adalah perkara spesifik dan melibatkan kepentingan awam.<br /><br />Anwar berkata Parlimen Malaysia perlu menyatakan pendiriannya dalam membantah serangan pengganas terhadap jemaah Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta merekodkan sokongannya terhadap tindakan tegas yang diambil perdana menteri negara itu Jacinda Ardern.
