Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan antara 50 orang yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas.<br /><br />Seluruh anggota parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa.<br /><br />Satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra awal pagi ini berkata kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.
