KUALA LUMPUR 23 Mac - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400 selepas diragut dalam kejadian di Jalan Berjaya 9, Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang, hari ini.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian jari selepas terjatuh akibat diragut daripada belakang.
