Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta semua penjawat awam 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.

Kata Dr Mahathir, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Jika kerajaan dapat membayar hutang ini, katannya, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia hari ini.