Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Takiyuddin Hassan berkata anggota parlimen Umno yang sepatutnya yang dilantik mengetuai jawatankuasa itu.<br /><br />Katanya, pentadbiran BN sekurang-kurangnya melantik timbalan pengerusi dari kalangan pembangkang berbanding pada masa ini, di mana kedua-dua jawatan itu dipegang anggota parlimen dari Pakatan Harapan (PH).<br /><br />Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan peletakan jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar daripada PAC, dikatakan susulan pengekalan Kiandee selaku pengerusinya walaupun selepas menyertai Bersatu.