Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan berjumpa dengan Nurul Izzah Anwar bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang disiarkan kepada sebuah akhbar Singapura baru-baru ini.

Saifuddin berkata, beliau masih belum berkesempatan berjumpa dengan bekas naib presiden PKR itu berikutan kesibukan tugasnya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Putrajaya pada Isnin.

Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan The Straits Times, Singapura meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan Pakatan harapan (PH) yang didakwa gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.