Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus kekal menjadi satu badan yang bebas daripada pengaruh pihak luar termasuk orang politik.

Baginda bertitah SPRM seharusnya melaksanakan tugas dengan telus, berani dan tidak memihak kepada sesiapa atau dengan kata lain 'without fear or favour'.

Baginda bertitiah semasa merasmikan kompleks pejabat baharu SPRM Selangor di Seksyen 16, di Shah Alam hari ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.