Surprise Me!

'Takkan lah tak boleh bagi sikit kritikan membina'

2019-03-26 17,084 Dailymotion

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata kritikannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerana sayang kepada negara.

"Takkan lah tak boleh bagi kritikan membina. Kita sayangkan negara kena ada ruang bercakaplah," kata Izzah yang ditanya mengapa beliau membuat kenyataan berani terhadap PH.

Sebelum ini Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.

Selain itu, ahli parlimen Permatang Pauh itu juga menyentuh tentang cabaran bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah," katanya.

Nurul Izzah juga menyifatkan agenda perubahan di bawah pentadbiran PH berjalan terlalu perlahan, yang ditegaskan sekali lagi dalam sidang medianya hari ini.

Buy Now on CodeCanyon