Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa, dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian semasa ucapan penggulungannya titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Najib telah menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan Malaysia ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimilikinya di Hong Kong.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan dalam proses mencari pembeli untuk bangunan 28 tingkat di Hong Kong yang diberi nama "Malaysia Building" yang kini milik kerajaan Malaysia.

Menara di Jalan Gloucester, di daerah Wanchai itu menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuk pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.