Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda menyelar tindakan Felda kerana mengurangkan elaun kos hidup bagi peneroka, memandangkan langkah itu menentang manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini Felda dilaporkan mengurangkan elaun bulanan (atas pinjaman) dari sebelumnya RM1,500 hingga RM1,000 bagi peneroka yang menyertai program penanaman semula untuk 10 aras tanah.

Mazlan, yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Amanah, berkata langkah Felda tidak selaras dengan janji PH untuk mempertahankan kepentingan peneroka.

"Majlis Permuafakatan NGO Felda membantah keputusan tersebut dan kami beranggapan keputusan itu tidak sah dan mengkhianati perjanjian tersebut. Kami minta pengurusan Felda membatalkan pekeliling tersebut, " katanya kepada pemberita di Persatuan Pekebun-pekebun kecil di Kuala Lumpur hari ini.

Mazlan adalah ketua Persatuan Anak Peneroka Malaysia (Anak) yang berkait dengan Amanah, yang memperjuang isu kebajikan Felda.