Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat perbandingan antara Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dengan bekas menteri besar yang juga calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Apa beza Mat Hasan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun? Orang selalu banding dari segi ketokohan tapi ada satu yang kurang dilihat tetapi paling mudah (untuk membuat penilaian).

"Aminuddin sebelum PRU ke-14 isytihar harta dengan Invoke Malaysia dengan (membuat) perakuan bersumpah. Sampai hari ini kita boleh membacanya di internet.

"Siapa tahu harta Mat Hasan pula banyak mana?" katanya kepada lebih 200 hadirin dalam program ceramah di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bandar Ekar, Rantau, malam tadi.

Selain itu, semua Exco Negeri Sembilan juga telah membuat pengisytiharan harta kepada kerajaan negeri pada 18 Julai lalu.

Saifuddin berkata itulah perubahan yang dilakukan PH hari ini untuk membawa politik yang lebih telus dan berintegriti.