Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berharap pengundi di Rantau dapat menghalang BN daripada mencapai kemenangan dalam PRK ketiga di Rantau, selepas dua PRK terakhir iaitu Cameron Highlands dan Semenyih.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengulas kenyataan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang mahu PRK Rantau menjadi kemenangan hatrik buat BN.

"Dia kata menang di Cameron Highlands dan Semenyih, dan di Rantau nak jaringkan hatrik. Dia kira yang dia menang saja. PH menang di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

"Jadi pengundi Rantau perlu halang BN daripada mendapat kemenangan hatrik," katanya.

Selain Mohamad Hasan dan calon PH S Streram, PRK Rantau turut ditandingi dua calon Bebas iaitu Mohd Nor Yasin dan R Malar.

SPR menetapkan 9 April sebagai hari pengundian awal dan 13 April untuk hari mengundi.