Pemangku presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu bekas perdana menteri Najib Razak melawat bandar Sendayan, sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya kecil DUN Rantau.

Mohamad berkata, atas bantuan Najib bahawa Sendayan dibangunkan, selepas 1MDB membeli tanah berdekatan daripada kerajaan Negeri Sembilan untuk membina pangkalan tentera udara yang baru.

Jika tidak ada bantuan daripada kerajaan persekutuan sebelum ini, khususnya dari Najib, pembangunan Sendayan tidak akan dapat dijalankan seperti apa yang kita lihat sekarang - iaitu dengan (Putrajaya) membantu membeli (tanah-tanah di Sendayan) melalui 1MDB,” katanya.

1MDB membeli tanah di Sendayan untuk membina pangkalan tentera udara baru bagi menggantikan pangkalan di Sungai Besi, yang kemudiannya dibangunkan sebagai Bandar Malaysia oleh firma pelaburan negara itu.