NGO-NGO Saudara Islam Semalaysia menggesa Mahkamah Persekutuan supaya membenarkan perbicaraan bagi kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan.<br /><br />Penasihat NGO tersebut, Shafik Abdullah berkata ia adalah bagi mengelakkan spekulasi dari mana-mana pihak dan mengelak laporan yang tidak tepat oleh segelintir media.
