Surprise Me!

Asia Tenggara hab pengganas? Lapor polis, kata Muhyiddin

2019-04-03 11 Dailymotion

Orang ramai diseru salurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti militan IS di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata langkah itu sangat penting dalam menangani isu keganasan di negara ini kerana ia sangat membimbangkan.

“Serangan pengganas IS merupakan isu yang sangat membimbangkan kita dan ia sangat dipandang serius oleh KDN.

“Jika ada tanda-tanda kegiatan keganasan dan orang ramai tahu tentang sesuatu perkara yang luar biasa, ia harus dilaporkan kepada polis.

“Orang ramai harus melaporkan dan membantu polis, kami akan ambil apa-apa tindakan yang perlu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya ramalan penganalisis yang mengatakan bahawa rantau ini mungkin menjadi hab seterusnya keganasan IS.

Sebelum ini, Malay Mail melaporkan rantau Asia Tenggara digelar barisan kedua serangan pengganas IS.

Buy Now on CodeCanyon