Surprise Me!

Harta saya makin lama makin susut, terpaksa jual rumah, kereta... - Tok Mat

2019-04-03 268 Dailymotion

Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak perlu bagi beliau mengisytiharkan asetnya sekadar hanya untuk pilihan raya kecil Rantau.

Menurutnya, beliau telah mengisytiharkan asetnya dengan SPRM ketika menjadi menteri besar, sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan Negeri Sembilan, sebelum ini.

“Lagipun harta saya makin lama makin susut tidak bertambah.

"Saya terpaksa jual rumah, jual kereta dan jual tanah untuk kurangkan komitmen saya kerana tidak ada pendapatan.

“Cuma pencen dan elaun wakil rakyat sahaja,” kata Mohamad pada sidang akhbar di Rantau hari ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution malam tadi mempersoalkan jumlah aset yang dimiliki oleh Mohamad, dalam usaha untuk membandingkannya dengan Menteri Besar Negari Sembilan Aminuddin Harun yang telah mengisytiharkan asetnya.

Mohamad berkata satu salinan pengisytiharan asetnya boleh diperolehi daripada SPRM atau sekretariat negeri Negeri Sembilan.

Buy Now on CodeCanyon